Rabu, 29 Julai 2009

SEJARAH SEKOLAH

SK Perigi Acheh mula dibuka pada 01 Januari 2000. Pada asalnnya sekolah ini merupakan sekolah cawangan kepada sekolah SK Kopok. Pada awal pembukaan SK Perigi Acheh, sekolah ini hanya mempunyai 6 orang guru sahaja (1 Guru Besar dan 5 guru). Guru Besar yang pertama SK Perigi Acheh ialah Tuan Hj. Abdul Rashid bin Mohd Said. Murid-murid di SK Perigi Acheh juga merupakan murid dari SK Kopok yang tinggal di Kg. Perigi Acheh. Kelas untuk P&P hanya dibuka sebanyak 4 kelas sahaja. Kelas gabung telah diwujudkan disebabkan kekurangan bilik darjah, guru dan juga murid.

Penubuhan sekolah ini berlaku kerana SK Kopok telah dipindahkan ke Kg. Kopok Baru. SK Perigi Acheh dibina bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan kepada anak-anak Kg. Perigi Acheh yang pada asalnya bersekolah di SK Kopok. Sekolah ini pada awalnya hanya mempunyai satu bangunan sahaja dengan mempunyai 4 kelas, satu pajabat dan bilik Guru Besar, satu bilik guru dan satu bilik untuk dijadikan kantin. Pada tahun 2002 barulah satu bangunan untuk kantin dibina ( yang beroperasi sebagai kantin dan juga dewan apabila ada sebarang majlis ) dan pada tahun 2007 bangunan untuk prasekolah pula dibina. Kini SK Perigi Acheh telah mempunyai 3 bangunan iaitu bangunan sekolah, kantin, dan prasekolah.

Selepas dibuka dengan nama SK Perigi Acheh pada 01 Januari 2000, sekolah ini telah mengorak langkah berusaha untuk memajukan muridnya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Dengan penambahan bilangan guru dan kehadiran guru-guru baru, ia telah melancarkan lagi pengurusan sekolah oleh pihak pentadbir. Dalam bidang akademik SK Perigi Acheh telah mendapat Anugerah Peningkatan Peratus Terbaik UPSR pada tahun 2003. Pada tahun yang sama juga SK Perigi Acheh telah menjadi johan dan naib johan Pertandingan Takraw MSSM Zon Masai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan